Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat dagangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,22 Ogos- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives tidak didagangkan pada awal urus niaga Khamis.

Setakat 9.27 pagi,kontrak-kontrak semasa Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing disandarkan pada 96.45.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing sifar. -BERNAMA