Keterangan Muhyiddin dirakam pada esok - KPN

Foto Fail

KUALA LUMPUR,20 Ogos- Rakaman percakapan Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan ucapannya yang menyentuh isu 3R,ditangguh esok.

Menurut Ketua Polis Negara,Tan Sri Razarudin Husain ia susulan peguamnya masih berada di luar negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu dijadualkan membuat rakaman percakapan di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada pukul 11.00 pagi esok.

Sebelum ini,beliau didakwa mengeluarkan ucapan yang mempertikai keputusan dan kewibawaan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 semasa ucapannya di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.

Tindakan tersebut menyebabkan Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan baginda dan bertitah agar pihak polis mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap bekas Perdana Menteri ke-8 itu.