Lawatan PM ke India, tujuh MoU dijangka akan ditandatangani

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India,Datuk Muzafar Shah Mustafa

NEW DELHI,19 Ogos- Malaysia dan India dijangka mendatangani tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama dua hala semasa lawatan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India,Datuk Muzafar Shah Mustafa berkata MoU itu meliputi pelbagai bidang termasuk sektor pelancongan,digital,kesihatan,sumber manusia dan pentadbiran awam.

Ia merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke India sejak 2017 dan ia merupakan satu peristiwa yang sangat signifikan,yang akan meningkatkan hubungan strategik komprehensif ke tahap baharu.

"Kita berharap bekerjasama dengan India melalui lawatan ini,untuk meneruskan persahabatan yang terjamin sejak 1957 akan terus diperkuat," kata Datuk Muzafar kepada pemberita,hari ini.

Turut hadir,Menteri Sumber Manusia,Datuk Seri Steven Sim,Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Kesenian,Datuk Seri Tiong King Sing,Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan,Menteri Digital,Gobind Singh serta Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.