Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,13 Ogos- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.59 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.05 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik - tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari.

Ia akan turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.1 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM20.2 bilion. -BERNAMA