Mohamad Fauzi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MyCreative Ventures

Foto: MyCreative Ventures

KUALA LUMPUR,14 Ogos- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi,Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah baharu Kumpulan MyCreative Ventures,sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan khusus untuk meningkatkan industri kreatif tempatan.

Menerusi satu poster,Lembaga Pengarah Pasukan Pengurusan dan Warga Kumpulan MyCreative Ventures mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

“Semoga dengan pelantikan Mohamad Fauzi,Kumpulan MyCreative Ventures dapat meneruskan usaha dengan lebih giat dan meluas bagi menyokong inisiatif kreatif yang berani serta inovatif,demi memenuhi keperluan industri dan memacu ekonomi kreatif Malaysia ke arah yang lebih tinggi,” katanya.