Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,8 Ogos- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan,kontrak Ogos 2024 meningkat kepada AS$2,414.30 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,402.20 setiap auns troy pada Rabu.

Sementara itu,kontrak September 2024,Oktober 2024,November 2024,Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,418.00 setiap auns troy daripada AS$2,405.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 24 lot daripada 39 lot manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 75 kontrak daripada 60 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,400.45 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Ogos. -BERNAMA