Korporat Malaysia lahir lebih ramai bakat masa depan ASEAN

Korporat Malaysia perlu meningkatkan usaha dan pelaburan bagi melahirkan lebih ramai bakat masa depan ASEAN / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,7 Ogos - Korporat Malaysia perlu meningkatkan usaha dan pelaburan bagi melahirkan lebih ramai bakat masa depan,ASEAN.

Ini termasuk menyediakan peluang pendidikan serta latihan kepada golongan pelajar dan belia.

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Perindustrian,Liew Chin Tong berkata peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pengajian tinggi ASEAN dapat diketengahkan menerusi usaha itu.

"Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 juga peluang bagi syarikat korporat meletakkan negara sebagai hab perniagaan serantau," katanya.

Perkara itu dibincangkan pada perjumpaan bersama wakil kementerian,agensi kerajaan,ahli ASEAN-BAC dan persatuan perniagaan.

Ini bersempena Persidangan “Vision 2045: Age of ASEAN” bertujuan memupuk kerjasama kukuh juga dinamik antara sektor awam dan komuniti perniagaan menjelang kepengerusian Malaysia 2025.