Bomba Johor giat padam kebakaran berhampiran Tanah Perkuburan Islam Bakri

Foto Bomba

MUAR,5 Ogos - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor sedang memadamkan kebakaran belukar yang berlaku berhampiran Tanah Perkuburan Islam di Bakri,di sini kira-kira pukul 7:49 malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bakri Pegawai Bomba Kanan Dua Misholifadzil Mohammad berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

"Seramai 12 anggota BBP Bakri digerakkan ke lokasi kejadian bersama-sama sebuah jentera dan sebuah ambulans," kata Misholifadzil.

Operasi pemadaman masih dilakukan di lokasi kejadian.

Kebakaran tersebut sebelum itu tular di media sosial memaparkan api yang sedang marak berhampiran kawasan perkuburan itu.