Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,30 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Julai 2024 turun kepada AS$2,387.00 setiap auns troy daripada AS$2,388.60 setiap auns troy semalam.

Kontrak Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024,Disember 2024,dan Februari 2025 juga menyusut kepada AS$2,400.40 setiap auns troy daripada AS$2,402.00 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 36 lot daripada 11 lot pada Isnin,manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 58 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,391.10 setiap auns troy,mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 29 Julai,2024. -BERNAMA