Siti Zaharah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21

Timoer Dzakry Samarudin

SHAH ALAM,27 Julai- Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat,Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam,Seksyen 21,di sini pada pukul 11.30 pagi tadi.


Menurut anak sulungnya Timoer Dzakry Samarudin,ibunya meninggal dunia di Hospital Serdang malam tadi akibat kanser hati.


"Sebenarnya,allahyarham telah sakit lebih kurang dua tahun. sakit yang dikesan itu adalah berkenaan dengan kanser hati. Jadi dalam proses dua tahun itu allahyarham telah berusaha dengan pelbagai kaedah rawatan untuk menyembuhkan diri.


"...kanser hati berkenaan telah meningkat dari tahap 3," katanya kepada pemberita di sini.


Allahyarham meninggalkan empat orang anak serta 12 orang cucu.


Allahyarham dilahirkan pada 24 April 1949 dan pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan antaranya Timbalan Menteri,Jabatan Perdana Menteri,Timbalan Menteri Kesihatan dan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.


Siti Zaharah turut aktif dalam arena politik serta memegang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Wanita UMNO Pahang,Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Ahli Parlimen Mentakab,Ahli Parlimen Paya Besar dan juga Ketua Wanita UMNO.