Ekonomi Malaysia diunjur kekal berdaya tahan, IP naik 3.8 peratus kepada 114.2 mata

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) memaklumkan,pada Mei 2024,IP tumbuh 3.8 peratus kepada 114.2 mata,pertumbuhan positif untuk enam bulan berturut-turut berbanding bulan sama tahun sebelumnya,IP dicatat pada 110 mata

KUALA LUMPUR,25 Julai - Ekonomi Malaysia diunjur kekal berdaya tahan untuk tempoh empat hingga bulan akan datang,berdasarkan data Indeks Pelopor (IP).

Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) memaklumkan,IP dicatat pada 110 mata.

"Peningkatan IP semasa disokong kenaikan kukuh Indeks Perusahaan Bursa Malaysia,Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain.

"Pertumbuhan konsisten lebih 100 mata,turut mencerminkan ketahanan ekonomi disokong peningkatan aktiviti pelancongan dan permintaan luar," menurut DoSM menerusi kenyataan.

Mengenai Indeks Serentak (IS) yang mencerminkan keadaan ekonomi semasa,DoSM memaklumkan indeks itu meningkat 2.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 126.1 mata pada Mei 2024,didorong oleh prestasi teguh dalam caruman sebenar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (melonjak 8.7 peratus).

Pada asas bulanan,IS juga mencatatkan kenaikan sebanyak 0.6 peratus,disokong oleh semua komponen,kecuali penggunaan kapasiti dalam pembuatan yang menyusut 0.2 peratus daripada bulan sebelumnya.