Median upah sektor formal meningkat 9.4% setakat Mac- DOSM

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR,26 Julai- Median upah bulanan sektor formal meningkat kepada RM2,844 setakat Mac 2024.

Ia melibatkan pertumbuhan 9.4 peratus daripada RM2,782,pada Februari.

Jelas Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin,peningkatan itu mencerminkan landskap pasaran buruh yang lebih baik.

Ia sejajar perkembangan ekonomi positif pada suku pertama tahun ini.

Bilangan pekerja warganegara dalam sektor formal turut bertambah dan berkembang 1.5 peratus,menjadikan jumlahnya 97,300 orang.

Semua sektor mencatat peningkatan median upah bulanan untuk setiap bulan bagi suku pertama 2024.

Dua negeri mengatasi median upah bulanan nasional iaitu RM2,844 dengan Kuala Lumpur mencatatkan median upah bulanan tertinggi,melepasi paras nasional sebanyak RM4,256 diikuti Selangor,RM3,164.

Sebaliknya,Kelantan,Perlis dan Sabah menunjukkan median upah bulanan terendah.