Hayati semangat hijrah Nabi Muhammad- Anwar

Foto BERNAMA

SERDANG,14 Julai- Generasi LembagaKemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) perlu menghayati semangat hijrah Nabi Muhammad SAW bagi memastikan kesiapsiagaan komuniti itu mendepani setiap perubahan.

Anwar berkata,pemikiran jumud dan lapuk serta sifat suka berpuak perlu diketepikan,sekali gus menolak ciri-ciri masyarakat jahiliah.

"Bangun..maknanya kita ini sedang lupa..kita ingat kita sempurna..bangun daripada kealpaan,bukan bangun memaki hamun,bangun perbaiki masyarakat kamu.. bila bangun itu bukan dengan niat tidak baik.

"..Tahu kekuatan besar Allah SWT maha besar..niat bukan harta dan kuasa,tetapi perlu tahu kita sebagai hamba..akui kebesaran tuhan..bersihkan diri,persekitaran dan pemikiran yang lapuk,jumud,rosak..pemikiran yang bawa keruntuhan," kata Anwar ketika berucap pada Hari Peneroka FELDA di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

Hari Peneroka FELDA 2024 merupakan satu platform yang memperlihatkan komitmen FELDA terhadap peneroka daripada pelbagai sudut termasuk kelestarian alam sekitar,ketahanan ekonomi dan pembangunan komuniti secara menyeluruh.

Dalam pada itu,Anwar menyeru agar FELDA tidak dijadikan medan perpecahan dan perseteruan yang hanya mewujudkan kebencian dalam kalangan komunti itu.

Menurutnya,kewujudan FELDA adalah selari dengan matlamat membawa perubahan dan penambahbaikan,sekali gus menjadi umat seimbang yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat.

"Jangan jadikan FELDA itu tempat pecah belah,benci-membenci,perseteruan.

"Kita pindah itu hidup bawa komuniti baharu,umat baharu.. sebagai contoh mahu tahu berjaya tak berjaya itu...jadi contoh kepada manusia..antaranya bersih daripada kemungkaran,hidup bermuafakat,menjauhi dadah,mutu pendidikan lebih baik dan kawasan lebih baik," kata Anwar.