JaPen sedia bantu lancarkan PRK DUN Nenggeri

Nik Kamarulzaman Nik Husin berucap pada Program JIWA Komuniti MADANI Parlimen Ketereh,Kelantan

KOTA BHARU,30 Jun- Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Kelantan (JaPen) sedia bekerjasama dengan agensi yang terlibat bagi melancarkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamarulzaman Nik Husin berkata JaPen dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan menguar-uarkan kepada penggundi untuk keluar mengundi melalui Radio Televisyen Malaysia,JaPen dan lain-lain agensi.

"Begitu juga kita akan membantu penggundi melakukan semakan daftar mengundi terutamanya di kawasan-kawasan terpencil yang terdapat di DUN terbabit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Ketereh 2024 di Sekolah Kebangsaan Melor,malam tadi.

Pada 19 Jun lepas,Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong bermula dari tarikh berkenaan.- BERNAMA