Usaha lahirkan ramai bakat tempatan perlu didukung pelbagai industri

FOTO FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR,30 Jun- Usaha melahirkan lebih ramai bakat tempatan secara berterusan bukan sahaja harus didukung oleh industriberteknologi tinggi,malah perlu digiatkan oleh pelbagai industri.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,pihak industri perlu lebihgiat meningkatkan kesedaran berkenaan jumlah peluang pekerjaan dalam industri berteknologi tinggi.

"Memupuk bakat adalah tanggungjawab seluruh negara dan kita perlu meningkatkan kesedaran tentang berapa banyak pekerjaan yang ada dalam sektor berteknologi tinggi ini spt sektor E&E dan semikonduktor.

"Kami seperti dalam Strategi Semikonduktor Nasional SSN menyasarkan 60,000 jurutera ataupun tenaga mahir yang berasaskan teknologi dan kejuruteraan untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dlm negara kita,"katanya.

Menerusi lawatan rasmi di beberapa fasiliti elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor di Pulau Pinang,beliau mendapati syarikat-syarikat berkenaanaktif dalam mendukung pembangunan bakat Sains,Matematik,Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) danjugaPendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tempatan.

Terdahulu,beliau melawat fasiliti Motorola Solutions,Abbot Medical Devices,Pentamaster dan UWC.

Antara sektoryang diberi tumpuan bawah NSS yang dilancarkan akhir bulan lepas adalah sektor E&E dan Pulau Pinang adalah hab bagi semikonduktor negara.