Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada awal dagangan

Foto Fail

KUALA LUMPUR,27 Jun- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah semasa awal dagangan pada Khamis.

Pada pukul 9.23 pagi,Jun 2024 kurang 15 mata kepada 1,580.5,Julai 2024 dan September 2024 masing-masing turun 13.5 mata kepada 1,583.0 dan 1,570.0 manakala Disember susut 12 mata kepada 1,577.0.

Jumlah dagangan sebanyak 5,080 lot,dengan kepentingan terbuka pada 68,094 kontrak.

Pada pukul 9.42 pagi,FBM KLCI menguncup 4.26 mata kepada 1,586.69 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.- BERNAMA