Sime Darby Motors lancar Drivecare

Majlis Pelancaran Drivecare

KUALA LUMPUR,26 Jun- Sime Darby Motors; SDM melancarkan Drivecare,pusat servis sehenti multi francais untuk memenuhi keperluan pemilik kereta merentasi semua segmen dan jenama.

Inisiatif itu membolehkan tawaran harga kompetitif kepada pelanggan,kemudahan dan keselesaan,disokong kepakaran juruteknik terlatih.

"Ini adalah pusat servis yang pelanggan inginkan,jadi kami ingin memastikan pelanggan atau pemilik kereta terpakai merasai pengalaman ini disamping ingin membina kepercayaan mereka,"kata Vi Thim Juan,Pengarah Urusan Auto Bavaria & Auto Selection.

Drivecare bakal diperluas ke seluruh pasaran Asia Tenggara,diikuti pelancaran merangkumi operasi SDM di seluruh rantau Asia Pasifik.

Pusat servis sehenti itu turut disokong Sime Darby Auto Selection,jenama kenderaan pramilik,yang menawarkan pilihan kos rendah untuk pembeli kereta baharu.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Drivecare di ibu negara.