Badrul Amin berhasrat jadikan Seberang Perai kawasan pelancongan dan pelaburan

Datuk Bandar Seberang Perai,Badarul Amin Abdul Hamid/Foto RTM

BUKIT MERTAJAM,26 Jun-Datuk Bandar Seberang Perai yang baharu dilantik,Badarul Amin Abdul Hamid berhasrat untuk menjadikan Seberang Perai sebagai kawasan tumpuan pelancong dan ideal bagi para pelabur yang berhasrat untuk meluaskan perniagaan.

Badarul turut menyasarkan untuk meningkatkan infrastruktur selain kebersihan bandar sebagai tumpuan utama.

"Seberang Perai menjadi tempat tarikan kepada pelancong,tarikan kepada pelabur,di samping itu,kita tidak tinggalkan perkara penting dari segi meningkatkan infrastruktur serta kebersihan bandar. Itu menjadi misi dan visi kita",katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai 2024 di sini.

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow dan Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Rosli Isa.

Dalam pada itu,Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow berharap Badarul Amin akan menyahut cabaran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming yang mencabar MBSP agar menyertai Shanghai Global Awards pada tahun ini demi mengharumkan nama Seberang Perai dan Pulau Pinang di persada antarabangsa.