Infaq daging korban, UMNO Kangar agih daging sembelihan di lima DUN

Foto RTM

KANGAR,18 Jun-Sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan sempena Program Infaq Daging di Hari Tasyrik.

Agihan daging korban diagih di semua lima DUN bagi kawasan Parlimen Kangar iaitu Bintong,Kuala Perlis,Sena,Indera Kayangan dan Kayang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar,Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya,program dapat memupuk semangat perpaduan dan muafakat masyarakat dengan bergotong royong menyembelih,melapah dan mengagihkan daging korban.

Kira-kira 2,000 bungkus daging korban diagih kepada pemimpin setempat,ketua cawangan dan golongan asnaf di setiap DUN berkenaan.

Pelaksanaan ibadah korban juga membuka peluang berkongsi rezeki dengan mereka yang tidak berkemampuan.

Program tradisi UMNO Bahagian Kangar itu melibatkan kerjasama JPKKP,Wanita UMNO serta Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian dengan penyertaan lebih 500 petugas