Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR,14 Jun-Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini,menjejaki niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup,kontrak bulan semerta Jun 2024 turun kepada AS$2,322.4 setiap auns troy berbanding AS$2,322.9 setiap auns troy yang dicatatkan semalam,manakala Julai 2024 menyusut kepada US$2,329.2 setiap auns troy daripada AS$2,329.7 setiap auns troy.

Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing berakhir lebih rendah pada AS$2,344.8 setiap auns troy berbanding US$2,344.9 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan jatuh kepada lima lot daripada lapan lot manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 25 kontrak berbanding 26 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,310.80 setiap auns troy,menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 13 Jun.- BERNAMA