Niaga hadapan FBM KLCI rendah pada tengah hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,11 Jun- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada tengah hari ini.

Pada rehat tengah hari,bulan semasa Jun 2024 merosot 3.5 mata kepada 1,608.0,Julai 2024 dan Disember 2024,masing-masing berkurangan 4.5 mata kepada 1,612.5 dan 1,604.0 serta September 2024 susut 4.0 mata kepada 1,598.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,900 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 46,808 kontrak.

Pada pukul 12.30 tengah hari,FBM KLCI merosot 3.89 mata kepada 1,610.48 daripada 1,614.37 pada Isnin. -BERNAMA